Umur makin meningkat, tapi hafazan masih di takuk lama. Solat pun asyik ulang surah yang sama...
Jujur dengan diri sendiri, adakah anda lalui fasa ini:
Semangat Sekerat Jalan: Mula-mula bersemangat hafaz sendiri, tapi bila sibuk terus lalai sebab tiada siapa pantau.
Tiada Siapa Tegur Kesalahan: Rasa macam dah lancar, rupa-rupanya tajwid dan makhraj banyak ke laut bila disemak.
Terkedu Tengok Yuran: Teringin nak masuk kelas tahfiz berstruktur, tapi kebanyakannya caj yuran ratusan ringgit sebulan!
Jika anda mempunyai ciri-ciri di bawah, ini adalah tempat terbaik untuk anda bermula.
Jadual yang mesra dan anjal. Sangat sesuai untuk anda yang sibuk bekerja tapi masih mahu mencuri sedikit masa untuk pelaburan akhirat.
Tak kenal hukum tajwid atau masih merangkak membaca? Jangan malu, guru kami akan bimbing anda dari asas dengan penuh sabar.
Bukan sekadar hafal melulu. Kualiti bacaan dan makhraj anda akan dijaga ketat oleh barisan guru yang memiliki sanad Al-Quran.
Kami tidak membiarkan anda menghafaz secara melulu bersendirian. Ini adalah "rahsia" bagaimana pelajar kami mudah ingat dan sukar lupa.
Guru akan memperdengarkan bacaan yang tepat terlebih dahulu. Anda akan mengikut bacaan guru untuk memastikan tajwid dan makhraj sempurna sebelum mula menghafaz.
Kami bimbing anda menggunakan formula pengulangan berstruktur agar setiap bait ayat benar-benar 'melekat' di ingatan jangka panjang bawah sedar anda.
Bagi ayat yang panjang, guru akan mengajar teknik memotong ayat kepada beberapa keratan pendek yang mempunyai makna yang lengkap, menjadikannya lebih mudah dihafal.
Hafal hari ini, esok lupa? Dengan sistem jadual Murajaah (ulang kaji) kami, setiap ayat yang telah dihafal akan disemak semula secara berkala supaya hafalan terpahat di dada.
Jangan risau kalau baru nak merangkak. Kami ada modul khas untuk anda.
Surah Ad-Duha → Surah An-Nas
Malu tajwid masih berterabur? Kita mula dari asas. Fokus buang pelat, betulkan makhraj, dan ajar teknik memori hafazan yang betul.
Hafazan Penuh Juz 30
Lepas ni, solat tak perlu baca 3 Qul sahaja. Anda akan hafaz penuh Juz 30 dengan kelancaran ibarat air mengalir!
Surah Pilihan Harian
Bayangkan mampu baca Al-Mulk sebelum tidur tanpa tengok naskhah. Fokus hafazan surah: Al-Kahfi, Al-Mulk, Al-Waqi'ah, Yasin, Ar-Rahman, dan Al-Sajdah.
Dari Juz 1 → Juz 30
Bagi yang dah bersedia, kami bimbing anda hafal penuh 30 Juzuk. Kami tekankan teknik Murajaah (ulang kaji) supaya hafalan terpahat di dada.
Tujuan kami adalah untuk memastikan semua orang berpeluang belajar dan faham isi kandungan Al-Quran.
Harga asal untuk kelas ini dinilai pada RM 399/sebulan. Siapa yang mampu, dialu-alukan untuk bayar pada nilai tersebut. Kalau tidak mampu, anda boleh "set your own fees" dengan memilih pakej di bawah.
Yuran ini akan digunakan untuk pembangunan modul pengisian bagi manfaat orang ramai dalam memahami isi kandungan Al-Quran dan membantu mereka yang kurang berkemampuan.
*Anda akan dibawa ke aplikasi WhatsApp untuk pendaftaran.
Kini tiada lagi alasan yuran mahal. Anda sendiri yang tentukan pelaburan akhirat anda. Namun, untuk mengekalkan kualiti, kami terpaksa mengehadkan jumlah pelajar. Jangan bertangguh lagi!